Sunday, August 29, 2010

ADab tERhadap diri sendiri...

tahukah kamu adab terhadap diri sendiri..?setiap wanita itu seharusnya memiliki keperibadian mulia bagi mencerminkan nilai diri dan dalam masa yang sama mewakili agama islam itu sendiri yang penuh kesempurnaan.Untuk itu,pentingnya kita mengikuti panduan yang betul dalam beradab  terhadap diri sendiri demi untuk mencapai kecemerlangan sahsiah diri yang tinggi..


1)Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.

2)Memotong kuku tangan dan kaki pada setiap minggu.Kuku panjang dikhuatiri akan tersimpan najis.

3)Jangan mengadap kiblat ketika meludah ,membuang hingus dan berkahak.Lebih tertib mengadap ke arah kiri dan gunakan sapu tangan yang khusus supaya tidak mengganggu owg laen.

4)Mengutamakan bahagian kanan.Dahulukan bahagian kanan dalam semua perkara yang mulia seperti ketika mandi,berwuduk,memberi hormat,berjabat tangan,memakai pakaian atau kasut,dan memotong kuku.Utamakan pada bahagian kiri pada perkara yang tidak mulia sperti membuang hingus ,meludah ,menanggalkan pakaian ,beristinjak dan menyentuh aurat.

5) Mengalihkan wajah ketika bersin bagi mengelak daripada terkena muka orang lain,makanan dan minuman.

6)Memuji Allah S.W.T( menyebut segala puji bagi Allah) sesudah bersin.

7)Mengingat Allah dan bersyukur kepada-nya  ketika melihat wajah di cermin.

8) Membiasakan diri dengan amal yg soleh seperti beribadah,bersedekah,sembahyang sunat,menghampirkan  diri kepada Allah,berzikir dan membaca al-Quran.

9)Tidak melakukan sesuatu yang sia-sia,selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya.

10)Meletakkan tangan dimulut ketika menguap kerana menguap dengan mulut terbuka luas kelihatan tidak sopan selain dapat mengahalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut..


so..MARILAH kita beramal kerana ALLAH  S.W.T...

No comments:

Post a Comment