Sunday, August 29, 2010

ADab tERhadap diri sendiri...

tahukah kamu adab terhadap diri sendiri..?setiap wanita itu seharusnya memiliki keperibadian mulia bagi mencerminkan nilai diri dan dalam masa yang sama mewakili agama islam itu sendiri yang penuh kesempurnaan.Untuk itu,pentingnya kita mengikuti panduan yang betul dalam beradab  terhadap diri sendiri demi untuk mencapai kecemerlangan sahsiah diri yang tinggi..


1)Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.

2)Memotong kuku tangan dan kaki pada setiap minggu.Kuku panjang dikhuatiri akan tersimpan najis.

3)Jangan mengadap kiblat ketika meludah ,membuang hingus dan berkahak.Lebih tertib mengadap ke arah kiri dan gunakan sapu tangan yang khusus supaya tidak mengganggu owg laen.

4)Mengutamakan bahagian kanan.Dahulukan bahagian kanan dalam semua perkara yang mulia seperti ketika mandi,berwuduk,memberi hormat,berjabat tangan,memakai pakaian atau kasut,dan memotong kuku.Utamakan pada bahagian kiri pada perkara yang tidak mulia sperti membuang hingus ,meludah ,menanggalkan pakaian ,beristinjak dan menyentuh aurat.

5) Mengalihkan wajah ketika bersin bagi mengelak daripada terkena muka orang lain,makanan dan minuman.

6)Memuji Allah S.W.T( menyebut segala puji bagi Allah) sesudah bersin.

7)Mengingat Allah dan bersyukur kepada-nya  ketika melihat wajah di cermin.

8) Membiasakan diri dengan amal yg soleh seperti beribadah,bersedekah,sembahyang sunat,menghampirkan  diri kepada Allah,berzikir dan membaca al-Quran.

9)Tidak melakukan sesuatu yang sia-sia,selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya.

10)Meletakkan tangan dimulut ketika menguap kerana menguap dengan mulut terbuka luas kelihatan tidak sopan selain dapat mengahalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut..


so..MARILAH kita beramal kerana ALLAH  S.W.T...

Sunday, July 19, 2009

JadilAH SEPERTI dANau..

cuba ambil segenggam garam ,dan masukkan ke dalam segelas air itu..
masin ,dan perutku jadi mual ,"jawab si murid dengan wajah yang masih mengernyih..
sang guru ketawa kecil melihat wajah muridnya yang menyeringai kemasinan.
sekarang kau ikut aku, " sang guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka..
"ambil garam yang tersisa dan taburkan ke danau.sekarang ,cuba kau minum air danau itu ,"kata sang guru..
si murid mengambil air danau menggunakan tangannya ." ahh segar sekali ," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan telapak tangan...
tentu saja ,danau ini berasal dari aliran sumber air diatas sana.dan airnya mengalir menjadi sungai kecil dibawah.Dan sudah pasti ,air danau ini juga menghilangkan rasa masin dimulutnya..

terasakah masin garam yang kau taburkan tadi? "soal guru..
tidak sama sekali ,:"kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi..
sang guru hanya membiarkan muridnya itu minum air danau sampai puas..

nak ,segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam .tidak kurang ,tidak boleh."hanya segenggam garam.banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah diqadar oleh allah,sesuai utk dirimu.jumlahnya tetap,begitu-begitu saja ,tidak berkurang dan tidak bertambah.setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian .tidak ada satu pun manusia yang bebas dari penderitaan dan masalah."

si murid terdiam ,mendengarkan.
tapi nak,rasa 'masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya hati yang menampungnya.jadi nak,supaya tidak berasa menderita,berhentilah jadi gelas.
jadilah hati dalam dadamu itu sebesar danau..."

Wednesday, March 04, 2009

erTi SahAbAt YAnG seTiA...~``~``



1. Sentiasa prihatin dengan segala yang anda lakukan .

2. Menunjukkan kepada anda bahawa dia menghargai apa yang anda lakukan .

3. Berbincang dengan anda mengenai perkara-perkara kecil yang difikirkannya.

4. Sedia menerima anda pada waktu semua orang disekeliling menentang serta mencemuh anda.

5. Tetap setia walaupun ketika anda melakukan kesilapan .

6. Tidak akan dan tidak pernah meragui anda.

7. Memikirkan tentang diri anda sebelum orang lain memikirkannya.

8. Menolong anda ketika benar-benar memerlukannya

9. Boleh diajak berbincang walaupun pandangannya ada ketikanya tidak begitu tetap

10. Istimewa hingga anda tidak memerlukan orang lain untuk bergantung.

11. Kita semua perlukan tidak kira dalam apa jua keadaan.

ERtI pERsAHaBaTaN!!!

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi
Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi
.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
"RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA"

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.